11hb. July 2011...
Hari ini aku & suami mendapat perkhabaran gembira apabila aku disahkan mengandung hampir 15 minggu..Ya Allah syukur yang teramat sgt kehadratmu atas kurniaan ini.hampir 11 tahun kami menanti kehadiran zuriat ini dan hari ini betapa bersyukurnya kami atas kehadirannya yang telah menghuni rahimku hampir 15 minggu tanpa aku sedari..Ya Allah sesungguhnya tiada apa yang lebih bermakna dlm hidup aku selain kehadiran zuriat yang kini sedang membesar di dalam rahimku..aku bersyukur yang tidak terhingga kepadamu ya Allah...
19hb Ogos 2011...
Seperti biase hari ny suamiku menghantar aku ke PPUM untuk chek up..urmmm doktor inginkan aku untuk tinggal di wad kerana sejak mengandung aku mempunyai kencing manis, so doktor ingin memantau aku supaya tidak memudaratkan aku dan bayi dalam kandunganku..ketika ini si manja sudah hampir 24 minggu..ku kabarkan kepada suami yang aku perlu tinggal di hospital buat sementara..tengah hari suamiku datang menghantar segala keperluan untukku sepanjang aku di hospital dan kami makan bersama-sama sebelum suamiku pergi kerja semula..lebih kurang jam 3 aku merasa seperti hendak membuang air kecil, lantas aku ke tandas dan menyedari ada sedikit pendarahan pada aku..ku biarkan saja & anggap tiada apa2..xlama pinggang aku mulai sakit2 dan darah semakin banyak keluar..doktor memeriksa aku setelah aku maklumkan pd staf nurse..alangkah sedih & pilunya hati aku tika e2 bile doktor mengatakan aku bakal keguguran..dan akan memindahkan aku ke wad bersalin..tibe di wad bersalin doktor cube untuk menahan dgn memberi suntikan ubat kepadaku supaya aku tidak gugur..tika e2 tiada apa yg ku fikirkan selain menahan kesakitan & kepiluan hati yang teramat sangat kerana bakal kehilangan cahaya jiwa aku ini..x henti2 aku berdoa kepada Allah supaya tiada apa yg berlaku kpd zuriatku..tetapi takdir Allah mengatasi segalanya tepat jam 10.10 mlm 20 ramadhan 1432, aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki dengan berat 788 gram & terus dibawa ke NICU..segalanya berlaku dgn sekelip mata..
20hb. Ogos 2011
Hari ini baru suamiku membawa aku ke NICU untuk melihat anak kami setelah suamiku menerangkan segala2nya ttg keadaan bayi kami dan harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan & tawakal kepada Allah..smpai sj d'cc bayiku, begitu pilu hati aku melihat dia yg begitu kecil penuh dgn wayar2 di badan & kaki..Ya Allah luruh hati ini bile melihat keadaannye sehingga mengalir laju air mata ini..aku ditenangkan oleh suami & SN..Ya Allah dia terlalu kecil utk menghadapi semua ini..kami habiskan masa sehingga jam 10 mlm seblm suamiku menghantar aku semula balik ke wad..sepanjang mlm aku menangis mengenangkan si kecil ku e2 & xhenti2 berdoa kepada Allah semoga diberikan kebaikan & kesihatan kepadanya..
22hb Ogos 2011
Aku discharge dari wad & kami terus duduk d'cc c kecil hingga ke malam walaupun aku sepatutnya perlu berpantang namun e2 semua tidak lagi penting wat aku..apa yang penting pada aku ketika e2 adalah kehadiran kami berdua d'cc dia..bermula dari hari e2 tidak sekali pun aku & suami tidak bersamanya..setiap hari suamiku akan menghantar aku ke hospital menemani dia hingga malam..walaupun penat, tapi dia lagi penting pada kami..sepanjang berada di c2 pelbagai dugaan yang menuntut kekuatan & ketabahan aku terutamanya yg setiap masa berada d'cc dia..segala2nya dia lalui..betapa tabah & kuatnya anak kecil seperti dia mengharungi segalanya demi berjuang untuk hidup..dapat aku rasakan betapa sakit & sengsaranya dia tatkala dicucuk utk diambil darah setiap hari..disedut kahak setiap 2 jam kerana menggunakan ventilator..lebih memedihkan & menguji ketabahan aku bila di depan mata melihat dia berhenti bernafas & biru seluruh badan...yg pd ketika e2 Allah sj yang mengetahui isi hati aku...setiap hari d'ccnye ku berikan kata-kata semangat keapda dia tanpa jemu..kuperdengarkan ayat-ayat suci Al-Quran supaya menjadi kekuatan kepada dia..Dia juga disuntik ubat ke paru-parunya untuk mengembangkan paru-parunya yang masih belum matang kerana kelahirannya pada tempoh 24 minggu...segala2nya diterangkan oleh doktor & SN kepada kami ber2 sentiasa berkenaan keadaannya..kami berdua xputus2 berdoa & tidak berputus asa...pelbagai dugaan yang kami tempuhi bersama2..dia juga beberapa kali terpaksa ditambah darah kerana sering kehilangan darah..tubuh badannya masih banyak yang belum matang walaupun dilihat telah cukup sifatnya..dengan jantung yang mempunyai PDA @ lubang kecil..mengikut kata doktor lama2 lubang e2 akan hilang sendiri apabila dia kerap menangis kerana dgn menangis dpt menguatkan jantung & mengembangkan paru2nya..mudah2an..arghhh terlalu banyak keperitan yang anak kecilku perlu lalui..degan tiub di mulut & hidung erghhh terlalu seksa aku melihatnya..kami sentiasa berdoa kepada Allah supaya dia diberikan kekuatan menghadapinya..ternyata dia seorang anak kecil yang kuat & tabah..aduhhh berat mata memandang berat lagi bahu si kecil yang memikul..setiap hari aku menangis mengenangkan nasibnye & segala kemungkinan yg mungkin akan terjadi yang pastinya menuntut kekuatan & ketabahan kami berdua..
Sebulan setengah telah berlalu, si kecil ku sudah tidak lagi menggunakan ventilator & kini diletakkan di dalam inkubator serta masih diberi bantuan sedikit oxygen..tubuh badan yang dulunya kecut & hanya nampak tulang2 kini mulai berisi & dia mulai aktif..Ya Allah alhamdulillah aku bersyukur kehadratmu kerana telah berikan kebaikan & kesihatan yang semakin hari semakin baik kepada dia..namun begitu dia masih lagi dalam perhatian kerana bayi seperti dia yang mempunyai "kronik lang" boleh berubah bila2 masa..owhhh rupenye Allah masih mahu menduga kesabaran & kekuatan kami..
2 bulan berlalu...kini si kecilku makin kuat & sihat..dia sudah boleh bernafas sendiri dengan baik tanpa sebarang bantuan alat pernafasan..dia sudah mulai menyusu botol dengan baik & kini berat badannye sudah mencecah 1.8kg..alhamdulillah..aku semakin seronok mengulit & menemaninya setiap hari tanpa jemu & penat..
Pagi ny aku datang ke PPUM seperti biase utk menemani si kecilku..sampai2 aku x nampak di mana si kecilku berada sehinggalah SN Farah panggil aku dan tunjuk aku di mana dia berada...Ya Allah, dugaan datang lagi..dia pengsan 2 kali pagi tadi kata SN...aduhhh sayang nape jadi cam2???dalam hati aku tak putus2 berdoa supaya tiada apa yang buruk berlaku padanya..kumaklumkan segera pada suamiku keadaan si kecil..Malam, alhamdulillah dia mulai aktif semula & menangis dengan kuatnya kerana kelaparan...haihhhh anak kecil apa lah yang difahaminya di saat hati ibu ayah gundah melihat & memikirkan keadaannya..Esoknya alhamdulillah dia dipindahkan semula ke dlm baby court & dalam keadaan aktif & stabil..
Hari aku datang ke hospital seperti biase..doktor memaklumkan anak ku perlu dibuat laser di mata kerana ade saraf yang tidak berkembang & perlu dilaser supaya tidak terjadi perkara yang lebih buruk iaitu BUTA..ini semua berlaku kerana dia terlalu lama menggunakan oxygen & keadaan dia yang dilahirkan pramatang...Ya Allah andai ini untuk kebaikan anakku, aku redha ya ALLAH asalkan kau berikan kebaikan & kesihatan yang baik padanya...
02hb.Nov 2011
Hari ny si kecilku akan menjalani laser mata..ya Allah semoga segalanya akan berjalan dengan baik..semasa menjalani laser mata c kecilku ternyata seorang yang kuat & tabah..aduhhh dapatku rasakan kesakitan yang sedang dialaminya..ya Allah lindungilah & peliharalah dia ya Allah...alhamdulillah selesai sudah tapi doktor mata memaklumkan kepadaku akan mengulangi sedikit lagi laser di matanya kerana tidak berapa jelas..so on 14hb Nov 2011 sekali lagi dia menjalani laser di mata..mengikut kata doktor it's done & everything should be orait...hopefully..insyAllah..
16hb Nov 2011
hampir 3 bulan c kecilku menjadi penghuni tetap di NICU, alhamdulillah hari ini dibenarkan keluar untuk kubawa pulang dengan bermacam2 pesanan & ingatan oleh SN2 & doktor2...alhamdulillah..
28hb Nov 2011
Hari ini sudah seminggu lebih c kecilku di rumah & aku bercuti tanpa gaji untuk menjaga dia sehingga dia benar2 kuat & sihat untuk diberi kepada orang untuk menjaga sewaktu aku bekerja nanti..dia sihat & makin aktif...malam2 suka2 berjaga untuk bermain2 dengan mama & papanya...alahai sayang...hehhehehee..dialah permata hati aku yang kuberi nama "MUHAMMAD HADIF HAYYAN" yang bermakna mempunyai matlamat hidup yang sememangnya mempunyai kekuatan untuk hidup dari sejak lahir walaupun terpaksa mengharungi pelbagai dugaan & ketabahan...ya Allah aku bersyukur ke hadratmu kerana telah mengurniakan Hadif kepada kami & ternyata dia adalah anak yang terlalu istimewa yang begitu kuat & tabah...semoga Hadif menjadi anak yang baik, bijak & soleh..amin...
Catatan ini kutujukan juga buat Staff Nurse (SN) NICU-SN Umi Dasimah, SN Elyani, SN Azlina, SN Shafia, SN Inas, SN Aida, SN Ho, SN Raihan, SN Laily,SN Nik, SN Yus, SN Rafidah, SN Mas, SN Ema, SN Noraini, SN Zai, SN Halimaton, SN Rosmawaty, SN Azween, SN Shuhada, SN Yen, SN Hashimah, SN Melanie, SN Norliza,SN Iza, SN Badar, SN Faizah, SN Farah, SN Atirah, SN Azie & pada SN yang lain..pada Prof CT Lim, Dr Vallo, Dr Anur, Dr Liew, Dr Chu, Dr Ashwini & sume doktor yang pernah merawat Hadif...
Pada kalian sume kami sekeluarga berhutang nyawa & budi yang tidak ternilai harganya...semoga Allah yang akan membalas segala jasa kalian semua..sesungguhnya jasa kalian amat besar kepada kami terutamanya kepada Hadif kerana merawatnya dari beratnya 788gm hingga 2.4kg...TQ SOO MUCH EVERYONE...SEMOGA ALLAH MERAHMATI KALIAN SEMUA...


betul kata org long..nama mainkan peranan...waar berikan nama terbaik untuk anak..dan hadif memang strong boy long... rupenya abah ada 3 org dah cucu kan... 2 boy n 1 girl..insyallah january ni nak bawa hasya meet cousins dia..tak mo.ok go hadif
ReplyDeletealhamdulillah....Hadif semakin sihat. Syukur ke hadrat Illahi. Bukan semua org berpeluang dpt mukjizat spt Hadif drpd Allah kpd ko dan suami. Aku sentiasa mengikuti update ko ttg Hadif di facebook. Aku doakan semoga Hadif menjadi anak yg soleh dan taat kepada kedua org tuanya. Ada rezeki dan jika diizinkan Allah....teringin aku nak mengenali 'mukjizat' ko tu Anne.
ReplyDelete